Frequently Asked Questions:
Q: Apakah status DestrucTV setakat ini?
A: DestrucTV sekarang dalam 50% siap buat isu pertama. Dimana headline band untuk isu ini adalah Plague Of Happiness (interview & live video).
Q: Apakah yang ingin diketengahkan oleh DestucTV?
A: Sebenarnya DestrucTV tidak mengira genre tetapi buat isu pertama ini kami cuba mengetengahkan dunia Punk Rock dulu kerana banyak stuff punk rock. DestrucTV lebih selesa untuk dunia DIY. So buat isu seterusnya kami akan cuba mencampurkan pelbagai citarasa dan genre.
Q: Bilakah ianya akan diriliskan?
A: Belum pasti lagi. Tapi akan cuba diriliskan secepat mungkin. Kalau tiada masalah, bulan Mac atau April 2009 siap sepenuhnya.
Q: Adakah DestrucTV ni diterima di pasaran?
A: Why not? Kami hanya mencuba apa yang terbaik. Seperti editor zine juga, setiap orang ada idea dan kreatif masing-masing. So kalau tak dapat menarik orang sekali pun, sekurang-kurang nya aku dah mencuba dari tidak mencuba langsung. :) Kalau ada kesilapan harap bolehlah bagi pendapat dan komen untuk membantu pihak DestrucTV.
Q: Berapa harga dipasaran?
A: Dalam lingkungan RM4.00-5.00. Harga pun tak membebankan sangat.Semua orang mampu.
Q: Apa beza DestrucTV dan zine?
A: Didalam DestrucTV anda dapat menonton dan mendengar. Kalau didalam zinekita tak dapat mendengar band yang diinterview dan direview. Jadi band lebih ikhlas dan jujur dalam interview tersebut. DestrucTV tetap DIY.
Q: Bagaimana nak menghubungi DestrucTV?
A: layari: www.myspace.com/destructv atau
emelkan ke: destructv@gmail.com




0 comments
Post a Comment